Kurikulum KPSK yang mula dibangunkan pada tahun 2010 lalu telah sipan dan kursus pengenalan (pilot) telah dilaksanakan bertempat di Auditorium 1 Majlis Sukan Negara pada 25 hingga 29 April. Seramai 32 orang peserta telah hadir dan kursus ini adalah untuk menguji kurikulum baru itu yang ditulis sepenuhnya oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan merupakan anak-anak tempatan Malaysia.
Sebanyak 11 Topik telah diajar yang meliputi berbagai aspek dalam pengurusan sukan termasuklah menggunaan ICT dalam membantu memudahkan pengurusan.
Di akhir kursus semua peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis Sukan Negara, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Taekwondo telah menduduki peperiksaan bertulis. Sekiranya mereka lulus, maka akan dianugerahkan sijil Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK).
Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Organisasi, Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet dijangkan akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini sebelum dibuka kepada pengiat sukan di seluruh negara.
Pada masa ini kursus ini baharu sahaja mempunyai Tahap I dan dijangka akan diteruskan dengan Tahap II dan III kemudian.
Pengarah Cawangan Pembangunan Organisasi, Encik Suhardi bin Alias menekankan bahawa kursus ini bukan bertujuan untuk mengambil-alih mana-mana kursus seumpamanya yang dianjurkan oleh pihak lain di negara ini, tetapi adalah untuk menambahkan lagi peluang menimba ilmu kepada pengiat sukan di semua peringkat. Ia bukan satu ancaman kepada kursus sedia ada tetapi adalah bersifat supplementary.