Monday, July 18, 2011

Training of Trainers

Majlis Sukan Negara telah menganjurkan satu kursus untuk melatih para instruktur untuk mengajar dalam kursus-kursus yang akan dianjurkan di seluruh negara kelak. Kursus dua hari itu telah di rasmikan oleh Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara, Pn Hjh. Zaiton bt Othman.

Seramai 40 orang individu yang telah dikenalpasti oleh Majlis Sukan Negara telah hadir dalam kursus yang diadakan di Hotel Seri Petaling. Semua peserta telah didedahkan dengan kurikulum kursus untuk Tahap I yang telah disiapkan. Satu kursus pilot untuk menguji kurikulum yang telah dibina sejak setahun yang lalu.

Adalah diharpkan selepas ini MSN dapat melaksanakan kursus ini di seluruh negara dengan tujuan meningkatkan lagi tahap kemahiran para pengiat sukan, khususnya mereka yang terlibat dalam mengendalikan sukan di semua peringkat. Kursus Tahap I ini dibina untuk keperluan pengiat sukan di peringkat kelab, kampung, mukim, daerah dan guru-guru sukan di sekolah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, May 17, 2011

Post Mortem Kursus Pilot KPSK

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) telah pun selesai menjalankan kursus pilot dan kini satu post mortem sedang berlangsung di Majlis Sukan Negara. Panel yang merangka kandungan kursus hadir untuk membincang hasil dari kursus tersebut. 

Turut hadir ialah Pegawai-pegawai dari pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang KPSK. 

Panel mencadangkan kepada pihak Pesuruhjaya Sukan agar semua pentadbir sukan digalakkan ada sijil KPSK. 

Selepas ini KPSK dicadangkan dilancarkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan tidak lama lagi sebelum dianjurkan di seluruh negara. 

Thursday, May 5, 2011

Kursus Pilot KPSK Sudah Dilaksanakan

Kurikulum KPSK yang mula dibangunkan pada tahun 2010 lalu telah sipan dan kursus pengenalan (pilot) telah dilaksanakan bertempat di Auditorium 1 Majlis Sukan Negara pada 25 hingga 29 April. Seramai 32 orang peserta telah hadir dan kursus ini adalah untuk menguji kurikulum baru itu yang ditulis sepenuhnya oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan merupakan anak-anak tempatan Malaysia.

Sebanyak 11 Topik telah diajar yang meliputi berbagai aspek dalam pengurusan sukan termasuklah menggunaan ICT dalam membantu memudahkan pengurusan.

Di akhir kursus semua peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis Sukan Negara, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Taekwondo telah menduduki peperiksaan bertulis. Sekiranya mereka lulus, maka akan dianugerahkan sijil Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK).

Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Organisasi, Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet dijangkan akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini sebelum dibuka kepada pengiat sukan di seluruh negara. 

Pada masa ini kursus ini baharu sahaja mempunyai Tahap I dan dijangka akan diteruskan dengan Tahap II dan III kemudian. 

Pengarah Cawangan Pembangunan Organisasi, Encik Suhardi bin Alias menekankan bahawa kursus ini bukan bertujuan untuk mengambil-alih mana-mana kursus seumpamanya yang dianjurkan oleh pihak lain di negara ini, tetapi adalah untuk menambahkan lagi peluang menimba ilmu kepada pengiat sukan di semua peringkat. Ia bukan satu ancaman kepada kursus sedia ada tetapi adalah bersifat supplementary.    

Thursday, October 14, 2010

Post Pengenalan

Blog ini diujudkan sebagai salah satu cara untuk berhubung dengan para pengiat sukan di seluruh negara tidak kira sama ada yang sudah mengikuti Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) atau yang tidak. 

Objektif blog ini ialah untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan Pengurusan Sukan kerana ilmu itu adalah sesuatu yang tidak ada penamatnya. 

Para pembaca yang melawat blog ini diharap dapat berkongsi maklumat dengan meninggalkan komen atau menghubungi moderator melalui email kpskmsn@gmail.com.